tengku nur ain natasha binti tengku asmawi
sk (felda) cherul

Monday, 21 November 2011

luahan perasaanku

banyak memori indah saya ketika berada di skfc. selain memori indah, banyak juga pengalaman pahit yang pahit. ketika berada di tahun satu saya berada di kelas 1 pintar. setelah habis tahun 1 saya naik ke tahun 2. saya masih ingat ketika berada di bilik tayang,saya termuntah di dalam kelas. ketika berada di tahun 3 pula guru kelas saya ialah cikgu wan zul. saya masih ingat beliau selalu mengutip duit kelas setiap hari. pada tahun 2009 iaitu ketika saya berada di tahun 4. saya mengemari seorang guru iaitu sir azhari. beliau ialah seorang guru yang tegas tetapi baik. apabila naik ke tahun 5 sir azhari ingin berpindah. pada hari jadinya saya dan rkan-rkan sekelas menyanyikan sebuah lagu untuknya. setelah itu cikgu wan zul yang menganti tempat beliau. sejak dari itu saya gemar akan matapelajaran matematik. ketika berada di tahun 6 pula, saya menduduki upsr. banyak program yang dijalankan sebelum peperiksaan. hari ini saya mendapat keputusan upsr. saya mendapat 4a 1b. walaupun saya tidak mendapat 5a saya tidak kecewa kerana saya telah berusaha sedaya upaya.

No comments:

Post a Comment